Mini bengkel bersaiz 20' x 20' setiap satu. Lebihan tempahan akan dihantar dari rumah ke rumah bagi memenuhi permintaan. Buat masa sekarang pihak kami tidak lagi membuat " ready stock " kerana tempahan semasa agak banyak dan perlu disiapkan mengikut tarikh yang ditempah. Kemungkinan di masa akan datang pihak kami akan menambah tenaga kerja bagi menyediakan produk siap " ready stock "
InsyaALLAH kalau ada rezeki, permintaan produk yang amat menggalakkan bolehlah kami memperbesarkan lagi kawasan operasi atau pun beroperasi di kilang-kilang kecil. Amin..........semoga ALLAH memperkenankan doa kami hendaknya.